Cart 0

KANDUNGAN MAKANAN SI MANJA ANDA – MAMA DAN PAPA PERLU AMBIL TAHU

KANDUNGAN MAKANAN SI MANJA ANDA – MAMA DAN PAPA PERLU AMBIL TAHU

Foto kredit : siraplimau.com

Bagi simanja anda yang berumur 1 tahun kebawah, susu merupakan makanan ruji dan asas bagi membekalkan nutrisi untuk mereka.

Hal ini kerana susu mempunyai nutrien penting yang diperlukan oleh simanja anda seperti vitamin, mineral, kalsium, karbohidrat, protein dan nutrien lain. Kesemua nutrien ini penting untuk tumbesaran dan juga pertumbuhan tulang si manja anda.

Namun, terdapat juga kandungan gula tersembunyi dalam susu anak anda. Pengambilan gula biasanya dikurangkan bagi mengelakkan kandungan gula berlebihan – meningkatkan risiko obesiti dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup tidak sihat.

Oleh itu, sebagai ibu dan bapa, anda haruslah sentiasa memantau kandungan gula dalam susu anak anda untuk mengelakkan kandungan gula berlebihan.

Mengikut kajian terbaru Kajian Kesihatan dan Morbidity Kebangsaan, lebih dari 6 peratus kanak-kanak di Malaysia dibawah umur 5 tahun dikenalpasti dalam kategori berat badan berlebihan.


batir_01.jpg


Gula bukanlah satu keperluan dalam sajian harian makanan anak anda, namun terdapat gula tambahan di dalam kandungan susu si manja anda.

Mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk kanak-kanak dan remaja, mencadangkan bahawa kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun hanya memerlukan tidak lebih dari 3 sudu gula tambahan setiap hari. Namun, kebanyakan kanak-kanak pra sekolah di Malaysia mengambil kira-kira 7.6 sudu the gula setiap hari. Berlebihan dalam 4 sudu the gula dari paras biasa.

KENAPA GULA TAMBAHAN TIDAK BAGUS KEPADA ANAK ANDA

  • Meningkatkan risiko obesiti
  • Memberikan impak kepada deria rasa dan menyebabkan kanak-kanak gemar dengan makanan dan minuman yang manis
  • Meningkatkan risiko masalah kaviti

BAGAIMANA MENGESAN GULA TAMBAHAN DALAM MAKANAN/SUSU SI MANJA ANDA?

Berikut adalah contoh nama gula tambahan yang boleh dijadikan rujukan para ibu dan bapa untuk memilih makanan yang sesuai untuk si manja anda.

  • Maltodekstrin
  • Pepejal sirap glukosa
  • Sukrosa
  • Gula perang
  • Pepejal sirap jagung
  • Dekstrosa
  • Glukosa
  • Frusktosa
  • Maltosa


comel.jpg

Laktosa adalah gula semula jadi yang terdapat pada susu si manja anda, namun sekiranya terdapat Laktosa pada label nutrien pada susu anak anda, ini bermakna ia telah ditambah kedalam susu tersebut.

Untuk menyemak label untuk gula tambahan pada produk, boleh ikut langkah dibawah ini :

  1. Kenal pasti senarai ramuan
  2. Cari nama-nama gula tambahan seperti ramuan seperti diatas.

Sekiranya nama gula tambahan pada produk tersebut pada awal dalam senarai ramuan, ini bermakna gula tersebut mempunyai kandungan yang tinggi dalam produk tersebut.

Sekiranya anak anda sudah berumur 6 bulan dan keatas, dan anda ingin mendapatkan makanan pejal yang bebas gula, garam, bahan pengawet dan juga perasa tambahan, anda boleh dapatkan produk makanan dari Fawwaz Baby Food.

INS80729.JPG

Fawwaz Baby Food menawarkan lebih 40 produk makanan bayi yang sihat dan berkhasiat, dan paling penting, kesemua produk tersebut tidak mempunyai sebarang gula, garam, bahan pengawet dan juga perisa tambahan.

Antara produk yang ada di Fawwaz Baby Food adalah seperti, White rice, Brown rice, Organic noodle, Snack fruit, Multigrain cereal snack, Savory powder dan juga Oat barley.

Boleh klik di link di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk makanan bayi dari Fawwaz Baby Food

Laman Facebook Fawwaz Baby Food

Akhir kata, sebagai ibu dan bapa yang menginginkan yang terbaik untuk si manja anda, sentiasalah pantau kandungan gula atau kandungan makanan yang ingin diberi kepada si manja anda, bagi mengelakkan dari berlaku perkara yang tidak sihat.

Bak kata pepatahm, mencegah lebih baik dari mengubati. Sekiranya makanan anak anda kurang manis, tidak perlu untuk ditambah gula kedalam makanan tersebut kerana si manja anda tidak memerlukan kandungan gula yang banyak untuk tumbesarannya.


Sumber rujukan :

https://majalahpama.my/apakah-yang-tersembunyi-dalam-susu-anak-anda-mama-papa-wajib-ambil-tahu/

https://siraplimau.com/bayi-susah-makan-hanya-minum-susu/



Older post Newer post