Cart 0

BELI MAINAN BAYI, TAPI BAYI TAK NAK MAIN. BACA TIPS-TIPS INI DULU, BARU BELI MAINAN BAYI

BELI MAINAN BAYI, TAPI BAYI TAK NAK MAIN. BACA TIPS-TIPS INI DULU, BARU BELI MAINAN BAYI

Foto kredit : www.popmama.com

Mesti ibu bapa semua ‘excited’ kan nak belikan barang-barang bayi, terutama sekali mainan bayi.

Jauh berjalan pergi ke pusat membeli-belah mencari mainan bayi yang menarik dan sesuai untuk si manja. Tetapi bila dibawa pulang, anak anda tidak mahu main. Jangan katakana main, lihat pun tidak. 

Pasti ibu bapa kecewa melihat mainan yang dibeli tidak digunakan oleh si manja. 

Sebenarnya, bayi anda mempunyai jenis permainan yang sesuai untuk umurnya. Jadi, para ibu bapa perlu mendapatkan maklumat tentang permainan yang sesuai dengan umur si manja anda.

KENAPA PERLU MEMILIH PERMAINAN YANG SESUAI UNTUK SI MANJA ANDA?

Ibu bapa perlu ingat bahawa bayi anda masih baru nak kenal dan belajar. Mungkin permainan yang diberi terlalu sukar ataupun terlalu mudah baginya. Jika mainan terlalu sukar atau senang, bayi anda mungkin akan putus asa atau bosan dengan permainan tersebut. 

Permainan yang dipilih pun perlu menepati cirri-ciri keselamatan yang baik. Hal ini kerana, bayi biasanya cenderung untuk memasukkan permainan atau apa sahaja benda kedalam mulut mereka. Dan, sekiranya permainan tersebut mengandungi bahan kimia, atau bentuk yang tajam dan tidak selamat, ia boleh mendedahkan si manja anda kepada bahaya dan kemudaratan.


permainan-pintar.jpg

Foto kredit : siraplimau.com

JENIS PERMAINAN TERBAIK MENGIKUT UMUR SI MANJA ANDA

  • 0-3 BULAN

Pada usia bayi anda 0-3 bulan, bayi anda elok didedah pada perkara atau permainan yang merangsang stimulasi deria mereka. Pilihlah permainan yang mempunyai warna yang menarik, tekstur yang pelbagai dan juga permainan yang mempunyai bunyi. Ini akan dapat meningkatkan minat si manja anda pada permainan tersebut. 

Contoh: Patung lembut yang bergantung pada katil, ‘rattle’ yang boleh dipakai pada kaki atau tangan. Selain itu, anda juga boleh memainkan muzik melalui sebarang permainan muzikal.


mengenal-pilihan-mainan-bayi-3-bulan-keatas.jpg

Foto kredit : http://binyorum.blogspot.com

  • 4- 6 BULAN 

Bayi anda sudah mula menunjukkan minat untuk memegang dan senang tertarik pada objek-objek. Mereka sudah mula mampu memegang dan menarik benda yang diberi pada mereka. Jadi, permainan yang mempunyai ciri-ciri selamat dipegang, boleh ditarik, diputar atau permainan yang mempunyai struktur yang boleh dimanipulasi, sememangnya menjadi pilihan si manja anda.

Mereka akan menjadi lebih minat akan permainan tersebut dan tidak sukar untuk mereka menggunakan permainan tersebut. 

Contoh permainan: Itik getah yang berbunyi,  soft toys, baby gym, rattle jenis ringan, dan kebanyakan mainan fabrik amat sesuai untuk usia ini.

baby-toys-2.jpg

Foto kredit : http://kedaiberjaya.com

  • 6-12 BULAN

Bayi anda sememangnya sudah didedahkan dengan buku seawal kelahirannya. Jadi, ibu bapa boleh perkenalkan bayi anda dengan buku jenis ‘soft book’.

Kerana bayi sudah lebih bijak pada usia ini dan mula belajar memegang objek dengan cara yang lebih tepat, terutamanya apabila mereka sudah pandai duduk sendiri. 

Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi pada usia ini. Jadi, pastikan mainan tersebut selamat untuk digigit dan lebih baik lagi jika ia direka khas untuk melegakan gusi mereka.

Contoh permainan: ‘Activity playmat’, ‘teething ring’, blok mainan jenis besar dan lembut, serta mainan fabrik seperti bola berloceng.


144064_1.jpg

Foto kredit : www.mothercare.com

  • 9-18 BULAN

Pada usia ini, bayi biasanya sudah mampu bergerak sama ada dalam bentuk mengengsot, merangkak, ataupun bertatih. 

Disebabkan ini, mereka suka kan perkara-perkara yang bersifat interaktif, di mana mereka boleh berinteraksi dengannya. 

Oleh yang demikian, mereka lebih tertarik kepada sesuatu yang bersifat interaktif.

Pada usia ini juga, bayi sudah mula memahami konsep penyelesaian masalah dan mereka punyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.

Contoh permainan: Telefon mainan, blok mainan kayu, shape sorter, dan buku kulit keras jenis interaktif (boleh ditarik, pelbagai tekstur).


43207339_l-1-1170x836-1.jpg

Foto kredit : story.motherhood.com.my

6. MAINAN BAYI 18-24 BULAN

Bayi berusia 18-24 bulan ini lebih berdikari dan sangat suka menerokai persekitaran mereka. Kalau boleh semua benda nak disentuhnya dan diterokainya. 

Ketika ini, permainan yang dipilih adalah permainan yang mampu membuatkannnya bermain dengan sendiri. 

Contoh permainan: ‘Play house’ atau khemah mainan, ‘tea party’, ‘puzzle’ mudah, set kereta api, alat tulis yang selamat.

Ini adalah sebahagian dari permainan untuk bayi sehingga umur 24 bulan (2 tahun). Ibu bapa perlu bijak melihat perkembangan si manja anda supaya anda mampu membantu mereka untuk dapat membesar tanpa sebarang kekangan. 

ajak-si-kecil-bermain-puzzle-dan-lihat-manfaatnya.jpg

Foto kredit : www.vemale.com


Namun, harus diingat juga, jangan jadikan permainan itu sesuatu yang melalaikan si manja sehingga tidak mahu melakukan perkara lain seperti makan, mandi dan lain-lain.

Ibu bapa perlu pantau dan kawal anak anda, ataupun sekurangnya anda kekalkan interaksi dua hala antara anda bersama anak anda. 

Selain dapat berjimat dengan memilih permainan yang sesuai, anda juga dapat membantu perkembangan si manja anda. Bagus bukan?


Sumber rujukan : 

https://siraplimau.com/memilih-mainan-bayi-sesuai-mengikut-usia/




Older post Newer post