Cart 0

GADGET DAN KANAK-KANAK – 6 KESAN NEGATIF PADA SI MANJA ANDA

GADGET DAN KANAK-KANAK – 6 KESAN NEGATIF PADA SI MANJA ANDA

Foto kredit : siraplimau.com

Semasa ini, banyak perdebatan berlaku dalam masyarakat mebincangkan tentang kesan gajet pada kanak-kanak, sama ada memberi kesan yang positif ataupun kesan yang negatif. 

Meskipun penggunaan gajet dapat memberi kebaikan kepada kanak-kanak seperti dapat membantu dalam kemahiran teknologi terkini, meningkatkan rasa ingin tahu/belajar dan juga dapat berhubung dengan ahli kerluarga, namun, kesan buruk akibat dari penggunaan gajet lebih besar impaknya. 

Disini akan disenaraikan beberapa kesan buruk yang boleh memberi impak negatif pada si manja anda sekiranya penggunaan gajet dilakukan dengan berlebihan.

1) MOTOR SKILL DAN SENSOR SKILL YANG LEMAH

Akibat terlalu banyak mendapatkan maklumat dari gajet yang diberikan, kanak-kanak sudah tidak perlu bermain atau berusaha secara fizikal untuk mengetahui sesuatu. Sekiranya bayi biasa bermain ‘play doh’, main pasir, atau bermain di luar rumah, dengan adanya aplikasi di gajet yang menggantikan permainan tersebut, kanak-kanak tidak perlu lagi untuk bermain di luar.

Hal ini akan mengganggu kognitif skill si manja anda dan dapat merencatkan pembangunan fizikalnya ketika di alam persekolahan.

tip-5-1024x683.jpg

Foto kredit : siraplimau.com

2) KETAGIH DENGAN “GAME”

Bagi mereka yang mempunyai saudara yang masih kecil, pastinya sukar untuk anda membuka telefon pintar anda di hadapan mereka kerana pasti mereka akan menghampiri anda dan bertanya akan permainan atau aplikasi yang ada pada gajet anda. 

Dan sekiranya mereka diberi main, sukar pula untuk diberhentikan dan kadang-kadang mereka bertindak dan melawan sekiranya dihalang dari bermain aplikasi di telefon pintar atau gajet anda. 

tip-1.jpg

Foto kredit : siraplimau.com

3) BOLEH MENYEBABKAN RABUN

Waktu dahulu, para ibu dan bapa akan melarang anak mereka untuk membuat 2 perkara, iaitu jangan tengok televisyen terlalu dekat dan juga jangan membaca dalam gelap. Namun, pada zaman kini, anak-anak dibiarkan bermain gajet, tidak kira waktu siang atau malam, supaya mereka leka dan para ibu bapa dapat membuat kerja mereka dengan tenang. 

Ini pastinya akan menyebabkan kerosakan mata sekiranya dilakukan secara kerap.


Baby-Wearing-Glasses-HD-Wallpaper-e1443694074310-800x500_c.jpg

Foto kredit: http://www.sehatmagz.com

4) TIADA LAGI INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA

Antara interaksi yang berkurang akibat dari penggunaan gajet adalah interaksi bermain bersama si manja. Interaksi antara manusia dan manusia adalah berbeza dengan interaksi bersama gajet. Bersama manusia, elemen emosi, kreativiti, dan juga fizikal akan digunakan manakala interaksi bersama gajet hanye menggunakan elemen ‘robot’ di mana semuanya telah ditetapkan dan perlu diikut untuk melaluinya. 

Ini akan menjejaskan kreativiti kanak-kanak dalam pergaulan dan juga interaksi, dan juga dalam kawalan emosi si manja anda. Penggunaan gajet yang terlalu kerap akan merencatkan kebolah si manja anda untuk berhubung dengan rakan-rakannya yang lain. 


2232363-anak-main-games-780x390.jpg

Foto kredit : lifestyle.kompas.com

5) MENGGANGGU WAKTU TIDUR SI MANJA

Gajet sememangnya menjadi faktor orang dewasa sukar tidur pada waktu malam. Sekiranya ini berlaku pada orang dewasa, pastinya ia juga mempengaruhi si manja anda. Cahaya dari gajet pastinya menyukarkan waktu tidur si manja dan sekaligus mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak yang memerlukan tidur yang mencukupi.

waktu-tidur-anak.jpg

Foto kredit : siraplimau.com

6) KURANG SABAR DALAM TINDAKAN

Kanak-kanak masih tidak mampu untuk mengawal emosi mereka. Jangankan kanak-kanak, orang dewasa sekalipun kadang tidak mampu untuk mengawal emosi mereka. Kanak-kanak perlukan didikan dari ibu dan bapa, dan bukannya dari penggunaan gajet. Dengan tiadanya elemen emosi dalam penggunaan gajet, si manja anda akan gagal dalam pengawalan emosi dan akan lebih mudah marah dan melenting sekiranya tidak dapat apa yang dipinta. 


mengatasi-anak-mudah-marah.jpg

Foto kredit : hellosehat.com

Akhir kata, tidak dinafikan bahawa gajet adalah satu perkara yang penting di era teknologi ini, namun penggunaannya hendaklah dikawal rapi agar kanak-kanak dapat memperoleh kebaikan dari menggunakannya, dan bukan mendapat keburukan. 

Sebagai ibu dan bapa, anda bertanggungjawab dalam memastikan anak anda mendapat didikan yang mencukupi untuk mempersiapkannyauntuk menghadapi dunia kini. 

Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/keburukan-ipad-kepada-kanak-kanak-tablet/

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/10/08/dunia-digital-kebaikan-dan-keburukan-terhadap-perkembangan-kanak-kanak/ 



Older post Newer post