Cart 0

BAYI ANDA SELALU SEDU – INI SEBAB DAN CARA MENGATASINYA

BAYI ANDA SELALU SEDU – INI SEBAB DAN CARA MENGATASINYA

Foto kredit : willinglife.com

“Kenapalah anak aku ni asyik tersedu dari tadi. Ada apa-apa yang tak kena ke? 

Ibu dan bapa menjadi risau apabila si manja mereka sedu. Sekiranya sudah besar, ia tidak menjadi suatu masalah, namun bayi masih kecil dan risau sesuatu akan terjadi pada si manja kesayangan.

Sebenarnya, sedu memang biasa terjadi kepada anak kecil, terutamanya bayi yang masih berusia bawah 1 tahun. Menurut Majalah Sains, sedu berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali. 

Sekiranya berlaku gangguan pada pergerakan diafragma, udara akan ditelan ke dalam kerongkong secara mengejut. Maka, apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara, bunyi sedu akan terhasil.

Di samping itu, sedu juga dipercayai dapat membantu mamalia (termasuklah manusia) untuk belajar menyusu. Ini kerana, pergerakan tersebut dapat mengelakkan susu daripada memasuki peparu.

Jadi sedu adalah sesuatu yang bagus untuk tumbesarannya. 


cara-hilangkan-sedu-2.jpg

Foto kredit : parentssavvy.com

TAPI APAKAH SEBAB YANG MENYEBABKAN BAYI ANDA SEDU?

Sedu adalah kekejangan secara spontan pada diafragma di pangkal paru-paru yang membantu pernafasan. Bunyi yang kita dengar ketika sedu itu adalah akibat pengecutan pita vocal suara yang cepat dengan setiap kekejangan.

Antara sebab-sebabnya adalah : 

  • MENELAN UDARA

Salah satu sebab mengapa bayi selalu sedu adalah apabila dia tertelan udara. Bayi pasti akan tertelan udara apabila menyusu dari susu ibu mahupun botol susu dan ini boleh menyebabkan bayi anda tersedu.

Sekiranya si manja lapar atau letih, dia pasti akan menangis dan akan menyebabnya menelan lebih banyak udara.

  • PERUT KENYANG

Bayi anda juga mempunyai perut dan badan yang sangat kecil.

Apabila bayi anda terlalu kenyang, perutnya mungkin akan membesar dengan terlalu cepat dan akan menyebabkan diafragma di pangkal paru-parunya tertolak sehingga menyebabkan bayi sering tersedu.


cara-hilangkan-sedu-1-1-e1536710763265.jpg

Foto kredit : bumbumcak.my

  • MAKANAN PEDAS

Makanan pedas juga dipercayai menyumbang kepada sedu pada si manja anda. 

Hal ini kerana, susu ibu terhasil dari makanan yang dimakan oleh ibu. Jadi, apabila si manja minum susu ibu selepas ibu makan makanan yang pedas, bayi mungkin akan sedu.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEREDAKAN SEDU BAYI?


bBY-HICCUPS.jpg

Foto kredit: http://ibuayah.com

Antara langkah yang boleh diambil adalah :

  • MENYUSUKAN BAYI DUA KALI LEBIH KERAP DARI BIASA

Penyusuan yang terlalu kenyang adalah penyebab biasa sedu dalam kalangan bayi. Oleh itu, para ibu boleh mencuba untuk menyusukan bayi anda 2 kali lebih kerap, tetapi tidak terlalu menyebabkan bayi terlalu kenyang, sekadar mencukupi, namun lakukan secara lebih kerap.

  • BERHENTI SEBENTAR KETIKA MENYUSU

Hentikan penyusuan semasa menyusu dan urut dan sendawakan bayi anda dan kemudian sambung penyusuan untuk mengelakkan bayi anda tertelan angin semasa menyusu. 

  • SEMAK TEKNIK PELEKAPAN SEMASA MENYUSU

Sebagai ibu, anda harus tahu teknik pelekapan atau latch on yang betul bagi mengelakkan kemasukan angin sewaktu menyusu. Anda boleh dengar bunyi sewaktu bayi anda minum, dan sekiranya tertelan angin, bunyi telanan itu akan kedengaran lebih jelas. Dapatkan teknik pelekapan yang betul dari doktor atau ibu ibu yang berpengalaman untuk mengurangkan sedu pada bayi anda.

  • DUDUK SELEPAS MENYUSU

Pastikan bayi anda duduk sekurangnya selama 20 minit selepas menyusu untuk memastikan udara keluar dalam bentuk sendawa. 


Cara-Mengatasi-Mata-Bayi-Belekan.jpg

Foto kredit : http://www.tateh.com.my

REFLUKS PUNCA SEDU?

Terdapat juga keadaan yang mana sedu anak anda berlaku secara berterusan. Tanda-tanda lain refluks adalah malam yang menyakitnya, kembung perut, sakit perut selepas makan dan meludahh. 

Keadaan ini dikenali sebagai refluks dan sekiranya ia berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor. Namun sedu bayi ini biasanya akan berkurang apabila sistem penghadamannya sudah matang. 


Sumber rujukan :

https://majalahpama.my/si-kecil-kerap-tersedu-adakah-memudaratkan-cuba-lima-perkara-ini-untuk-elak-bayi-tesedu/

https://my.theasianparent.com/bayi-selalu-sedu/

https://siraplimau.com/cara-hilangkan-sedu-bayi-cepat/

https://majalahpama.my/kenapa-bayi-kerap-tersedu-5-cara-mama-papa-boleh-cuba-untuk-elakkan-bayi-tersedu/

https://www.mingguanwanita.my/cara-hilangkan-sedu-bayi-dengan-cepat-dan-selamat/




Older post Newer post