Cart 0

8 CARA DAN TIPS UNTUK HILANGKAN RUAM LAMPIN PADA BAYI

8 CARA DAN TIPS UNTUK HILANGKAN RUAM LAMPIN PADA BAYI

Foto kredit : www.bidadari.my

Kulit bayi adalah lebih sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan, yang mana bayi anda akan merasa terganggu dan tidak selesa. Sekiranya bayi anda dibiarkan berada dalam keadaan basah atau lembap untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan keadaan yang dipanggil ruam lampin. 

Ruam lampin adalah sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Ia biasa berlaku pada kawasan seperti bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan juga peha. Jika ini berlaku, bayi akan kerap merasa tidak selesa, kerap menangis dan akan menangis lebih teruk ketika punggung terkena air ketika mandi.


Untitled-design-1-5.png

Foto kredit : 100comments.com


FAKTOR PENYEBAB RUAM LAMPIN PADA BAYI

Air kencing atau najis bayi yang dibiarkan dalam lampin untuk tempoh masa yang lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing dan juga najis akan menggangu lapisan perlindungan yang terdapat di kulit dan akan  menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

Selain itu, bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin juga boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi anda. 


133430_bayi.jpg

Foto kredit : http://www.grid.id


TANDA – TANDA RUAM LAMPIN

Ruam lampin amat mudah untuk diperhatikan melalui mata kasar. Kebiasaannya, kulit di kawasan lampin akan menjadi merah-kemerahan. Tahap ruam tersebut masih berada di tahap yang biasa.

Bagi ibu dan bapa, seelokknya mengambil tindakan yang sepatutnya dan jangan tunggu untuk keadaan menjadi lebih serius dengan jangkitan kuman kerana ia akan menyebabkan kepedihan pada kulit si manja anda. 

Sekiranya jangkitan kuman berlaku, kulit si manja anda akan bertukar kepada warna merah garang dan akan kelihatan seperti melecur. Jika sudah mencapai tahap itu, si manja anda perlu dibawa berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. 


templete-size-blog-01-01.jpg

Foto kredit : pamapedia.com


APAKAH CARA HILANGKAN RUAM LAMPIN BAYI?

Antara petua penjagaan bayi yang boleh diambil pada bayi anda yang terkena ruam lampin adalah :

  • Pastikan bayi dalam keadaan kering

Kawasan kulit bayi yang terkena ruam hendaklah didedahkan kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

  • Tukar lampin dengan kerap

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera untuk mengelakkan dari kulit anak anda terdedah pada keadaan yang basah dan lembap pada tempoh yang lama. 

  • Cuci kulit bayi anda dengan air

Setiap kali proses penukaran lampin si manja anda, anda perlu membasuh punggung atau kulit bayi anda untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim yang telah dibancuh dengan air. Ibu dan bapa boleh dapatkan nasihat dari pegawai farmasi atau pegawai perubatan untuk rawatan yang sebetulnya. 

  • Guna ubat saranan doktor

Dengan nasihat dan cadangan dari pakar perubatan anda, gunakan krim pelindung yang telah diberikan untuk setiap kali  proses penukaran lampin. 

  • Kurangkan penggunaan sabun

Sabun mempunyai bahan kimia yang boleh menjejaskan pelindungan kulit, jadi para ibu boleh mengelakkan penggunaan sabun dengan terlalu kerap untuk mencuci kulit si manja anda.

  • Longgarkan lampin

Pastikan lampin bayi anda dipakai dalam keadaan yang selesa. Jangan pakaikan dalam keadaan yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

  • Jangan basuh ‘cloth diaper’ dengan sabun pencuci

Untuk pengguna ‘cloth diaper’, elakkan membasuh ‘cloth diaper’ anda menggunakan sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Bahan kimia yang terdapat pada sabun dan pelembut tersebut boleh mengganggu kulit bayi anda yang sensitif. Anda hanya perlu basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

  • ‘Breastfeeding’ / Susukan bayi

Cara ini mungkin nampak seperti tidak begitu membantu. Namun, dengan penyusuan susu ibu dapat membantu meningkatkan ketahanan antibodi anak anda  dan dapat mengurangkan bayi anda dari terdedah kepada ruam lampin. 


Akhir kata, sebagai ibu dan bapa, anda perlu mengambil tahu dan prihatin tentang keadaan si manja anda, lebih-lebih lagi keadaan lampin yang dipakai oleh si manja. Lampin yang kotor dan basah sudah semestinya akan menyebabkan ruam pada si manja anda. Elakkan juga pemakaian seluar plastik terutamanya pada waktu malam, dan juga dapatkan nasihat dari pakar perubatan sebelum mencuba sebarang krim atau ubat untuk merawat ruam lampin yang dialami si manja anda.


Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/cara-hilangkan-ruam-lampin-bayi/

https://100comments.com/blog/cara-hilangkan-ruam-lampin-bayi-dengan-7-langkah-mudah/

https://ayachalo.com/tips-elak-ruam-dan-cara-merawat-ruam-lampin-bayi/

https://www.babycenter.com.my/a1044991/ruam-lampin

https://majalahpama.my/kasihan-kalau-bayi-kerap-kena-ruam-lampin-buat-6-langkah-untuk-elak-pesan-ahli-farmasi-ini/




Older post Newer post